27.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Nilai ringgit terus meningkat, berbanding dolar AS

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

NILAI ringgit terus meningkat dan dibuka tinggi pagi ini berbanding dolar AS selepas hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) susut berikutan komen daripada pegawai Rizab Persekutuan AS, kata seorang penganalisis.

Pada jam 9.01 pagi, mata wang tempatan menambah nilai untuk mencapai paras 4.7195/7240 berbanding dolar AS daripada penutup Selasa 4.7255/7310.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, hasil Perbendaharaan AS jatuh 12 mata asas selepas presiden Fed Bank Atlanta Raphael Bostic berkata bank pusat tidak perlu menaikkan lagi kadar faedah penanda aras, dan beliau menjangka tiada kemelesetan pada masa hadapan.

“Sehubungan itu, indeks dolar AS (DXY) merosot daripada 106.22 mata kepada 105.76 mata.

“Justeru, terdapat peluang ringgit akan meningkat berbanding dolar AS,” katanya.

Pada masa yang sama, konflik Israel-Palestin akan dipantau dengan teliti kerana pemain pasaran bimbang tentang skala konflik berkenaan, katanya.

Advertisements

Pada sesi pembukaan, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama, kecuali berbanding euro, menyaksikan mata wang tempatan mengukuh kepada 5.0083/0131 daripada 5.0095/0153 pada penutupan, semalam.

Ringgit menyusut nilai berbanding yen kepada 3.1768/1801 daripada 3.1740/1779 semalam dan lemah berbanding pound Britain pada 5.8050/8105 daripada 5.7982/8049 sebelumnya.

Pada masa yang sama, mata wang tempatan didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang Asia yang lain.

Ringgit susut berbanding baht Thailand kepada 12.9344/9517 daripada 12.8571/8773 dan rendah berbanding dolar Singapura pada 3.4644/4679 daripada 3.4619/4662 semalam.

Sementara itu, ia meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 299.7/300.3 daripada 300.1/300.8 dan kekal berbanding peso Filipina pada 8.31/8.33. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan