30.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, pengumuman KDNK Jumaat ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

RINGGIT dibuka rendah sedikit pada pagi urus niaga Isnin dalam situasi sentimen berhati-hati menjelang pengumuman angka keluaran dalam negara kasar (KDNK) untuk suku kedua 2023 pada Jumaat, kata penganalisis.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.6000/6075 berbanding dolar AS daripada 4.5865/5895 Jumaat minggu lepas.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata penganalisis meramalkan pertumbuhan ekonomi pada suku kedua 2023 meningkat pada kadar yang lebih perlahan iaitu 3.6 peratus daripada 5.6 peratus pada suku pertama.

Selain itu, pelabur akan memantau beberapa data dari China yang akan dikeluarkan termasuk Pelaburan Aset Tetap yang diunjur kekal pada 3.8 peratus bagi bulan Julai manakala Jualan Runcit pula kemungkinan meningkat 4.8 peratus pada Julai daripada 3.1 peratus sebelum ini.

“Sehubungan itu, kami berpendapat ringgit mungkin bergerak lemah dalam tempoh terdekat berikutan kebimbangan yang meningkat terhadap prospek pertumbuhan global.

“Kami menjangkakan dagangan ringgit berbanding dolar AS akan berlegar sekitar RM4.58 hingga RM4.60 hari ini,”katanya.

Advertisements

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama yang lain.

Nilai mata wang tempatan merosot sedikit berbanding yen Jepun kepada 3.1724/1778 daripada 3.1712/1735, susut berbanding pound Britain kepada 5.8337/8432 dariipada 5.8230/8268 pada Jumaat tetapi lebih tinggi berbanding euro kepada 5.0310/0392 daripada 5.0351/0384 sebelumnya.

Pada masa yang sama, nilai ringgit kebanyakan mengukuh berbanding mata wang Asean yang lain.

Ringgit menambah nilai berbanding dolar Singapura kepada 3.3958/3984 daripada 3.3967/3991 pada penutupan urus niaga Jumaat dan lebih rendah berbanding rupiah Indonesia kepada 302.2/302.8 daripada 301.3/301.6 sebelumnya.

Namun begitu, mata wang tempatan bergerak tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 8.14/8.16 daripada 8.14/8.15 dan tinggi berbanding baht Thai pada 13.0715/0984 daripada 13.0737/0871 pada Jumaat minggu lepas. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan