32.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 10, 2024

Sherry doakan yang terbaik untuk Nad Zainal

Mesti Baca

MESKIPUN sudah lama tidak berjumpa, pelakon Sherry Al Hadad akui tidak mempunyai masalah dengan Nad Zainal.

Penama penuh Sharifah Mariam Syed Abdullah Al Hadad itu berkata, sejak Nad berkahwin mereka sudah tidak berhubung namun dia sering menghubungi ibu bapa Nad.

“Saya memang sudah lama tidak berhubung dengan Nad, sejak kejadian dia sakit kami tidak langsung tidak berhubung.

“Saya hanya mengetahui perkembangan dirinya melalui media sosial sahaja.

“Tetapi saya sering berhubung dengan ibu bapanya bertanya khabar,” kata Sherry ketika ditemui pada majlis pelancaran drama siri B.A.R.I.S.T.A : Misi Terpaling Sulit, baru-baru ini.

Sherry berkata, dia gembira melihat kehidupan Nad sekarang tambahan lagi bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

Advertisements

“Saya sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan buat Nad sekeluarga. Sebagai kawan pastinya saya mahu lihat kehidupannya lebih baik.

“Kami sudah kenal sejak dia berusia 17 tahun lagi, pastinya saya mendoakan dan mahukan yang baik-baik sahaja untuk dirinya,” katanya.

Berkongsi bilakah kali terakhir bertemu, Sherry berkata, mereka bertemu sebelum Nad berkahwin dengan Ungku Ismail dan ia sudah lama.

“Saya faham masing-masing sibuk apatah lagi Nad sudah berkeluarga, sibuk dengan perniagaan juga.

“Kesibukan dan komitmen itu menyebabkan masing-masing tidak sempat bertanya khabar,” katanya lagi.– Edisi 9

Advertisements

Terkini

Peruntukan Exco luar bandar dinaikkan kepada RM750,000

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengumumkan peruntukan pembangunan kepada Exco Luar Bandar dinaikkan...

Lagi Artikel Berkaitan