24.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Najib mohon bicara 1MDB batal, dirinya dilepas dan dibebaskan

Mesti Baca

DATUK Seri Najib Razak hari ini memfailkan permohonan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah, menarik diri daripada mendengar perbicaraan kes penyelewengan dana RM2.3 bilion milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapinya.

Memetik laporan Berita Harian, pada awal prosiding hari ini, peguam belanya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan Sequerah yang kini Hakim Mahkamah Rayuan, bahawa pihaknya mendapat arahan bekas Perdana Menteri itu untuk memfailkan permohonan berkenaan.

Muhammad Shafee berkata, pihaknya memfailkan permohonan itu pada pagi tadi dan Najib turut mengikrarkan afidavit sokongan bagi menyokong permohonan berkenaan.

Beliau berkata, permohonan dibuat susulan pendedahan Sequerah pada bulan lalu bahawa beliau dan bekas peguam 1MDB, Jasmine Loo Ai Swan, pernah menjadi rakan kongsi di firma guaman sama sebelum ini.

“Dalam keadaan (sekiranya) Yang Arif membenarkan permohonan kami ini (supaya Sequerah menarik diri), kami memohon keseluruhan perbicaraan ini dibatalkan dan tertuduh dibebaskan daripada pertuduhan.

“Secara alternatif, pilihan kedua ialah perbicaraan ini didengar oleh hakim baharu, dan pilihan ketiga ialah supaya perbicaraan bersambung dan diteruskan oleh hakim Mahkamah Tinggi yang baharu,” katanya.

Advertisements

Sementara itu, Sequerah mengingatkan orang awam tidak dibenarkan berbincang mengenai perkara berkenaan secara terbuka, dan menetapkan 17 Ogos ini untuk mendengar permohonan terbabit.

Ia susulan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib.

Dalam prosiding pada 26 Julai lalu, Sequerah berkata, beliau perlu mendedahkan bahawa Jasmine pernah menjadi rakan kongsi (di firma Zain & Co) ketika beliau menjadi peguam, 10 hingga 15 tahun lalu.

Isu itu dibangkitkan apabila Muhammad Shafee ingin mendapatkan pengesahan sama ada Jasmine akan dipanggil sebagai saksi pendakwaan.

Pada 7 Julai lalu, Jasmine yang juga sekutu rapat ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low, ditahan polis bagi membantu siasatan isu penyelewengan dana 1MDB.

Prosiding kemudian bersambung dengan mendengar keterangan bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan