26.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Kanak-kanak tular mangsa dera ibu, diserah kepada waris

Mesti Baca

DIPERCAYAI menjadi mangsa dera ibu kandung dan kenalannya, Kanak-kanak lelaki tujuh tahun yang tular bakal diserahkan kepada warisnya di Kedah.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Khairin Nisa Ismail berkata, kanak-kanak terbabit akan menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI) sebelum proses penyerahan itu dilakukan.

Katanya, waris didapati orang yang layak dan sesuai untuk diberikan penjagaan kepada kanak-kanak itu.

“Alhamdulillah, kanak-kanak itu kelihatan ceria ketika bersama ayah, bapa saudara dan datuknya di sisi.

“Kanak-kanak itu akan menerima rawatan terlebih dahulu sebelum diserahkan kepada waris dari Kedah.

“Saya memberikan sumbangan kepada kanak-kanak terbabit bagi menceriakan dirinya dan mendapati dia gembira dan tidak lepas daripada tersenyum,” katanya yang melawat kanak-kanak itu di HSI.

Khairin Nisa berkata, pada pertemuan itu, pihaknya turut bersama-sama meraikan ulang tahun kelahiran kanak-kanak terbabit dengan ahli keluarganya.

“Kami berharap kanak-kanak ini membesar dengan tabah dan kuat. Terima kasih saya ucapkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Johor, Pelindung Kanak-Kanak JKM dan pihak HSI termasuk pakar pediatrik kanak-kanak kerana memberi jagaan terbaik kepada kanak-kanak itu serta memberikan hak yang sepatutnya.

Advertisements

“Diingatkan bahawa kes penderaan kanak-kanak boleh disiasat dibawah seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak. Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun, atau dengan denda tidak melebihi RM50,000 atau kedua-duanya.

“Ibu kanak-kanak itu ditahan reman selama enam hari manakala kenalannya ditahan reman selama tujuh hari,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Khairin Nisa hadir melawat kanak-kanak berkenaan di HSI bersama Ahli Dewan Undangan Negeri Adun (ADUN) Tiram, Azizul Bachok dan JKM Negeri Johor.

Dalam pada itu, Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, wanita warga tempatan berusia 27 tahun yang juga ibu mangsa dan seorang wanita warga asing berusia 30 tahun ditahan sekitar jam 12.30 tengah malam Jumaat lalu.

Terdahulu, tular beberapa klip video yang di muat naik dalam media sosial pada petang Sabtu lalu.

Video itu memaparkan beberapa individu dipercayai penduduk kawasan perumahan, berkumpul di hadapan sebuah rumah meminta kanak-kanak lelaki itu dibawa keluar.

Video itu juga turut memaparkan seorang kanak-kanak lelaki yang mengalami beberapa luka di bahagian belakang badan, termasuk kesan lepuh dan berlubang dipercayai akibat didera.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan