26.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Ringgit jatuh seiring mata wang China

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

RINGGIT dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi Khamis, seiring dengan kelemahan dalam nilai yuan China, kata seorang penganalisis.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan diniagakan pada 4.5545/5585 berbanding dolar AS daripada 4.5375/5420 pada penutup Selasa.

Pasaran ditutup pada Rabu sempena cuti umum sambutan Awal Muharram.

Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes memberitahu Bernama, hasil Perbendaharaan AS yang rendah serta penurunan inflasinya sepatutnya menyokong nilai ringgit.

Namun begitu, katanya pergerakan ringgit masih lagi dipengaruhi oleh prestasi yuan dan kecenderungan negatif terhadap sentimen pertumbuhan China.

Advertisements

Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama yang lain.

Ringgit mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.8967/9019 daripada 5.9450/9509 pada penutupan urus niaga Selasa dan lebih tinggi berbanding yen Jepun kepada 3.2672/2703 daripada 3.2835/2870 tetapi lemah berbanding euro kepada 5.1092/1137 daripada 5.1038/1088 sebelumnya.

Pada masa yang sama, mata wang tempatan diniagakan rendah berbanding mata wang ASEAN yang lain.

Nilai ringgit agak rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.4394/4427 daripada 3.4346/4383 pada penutup Selasa dan lemah berbanding baht Thai kepada 13.4212/4394 daripada 13.2586/2768 sebelumnya.

Ringgit hampir tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.34/8.36 daripada 8.34/8.35 dan turun berbanding rupiah Indonesia kepada 303.6/304.0 daripada 302.5/302.9 pada Selasa.-BERNAMA

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan