32.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 18, 2024

BSN serah kamera badan kepada Maritim Malaysia

Ia juga berperanan sebagai penghalang kepada aktiviti haram serta meningkatkan akauntabiliti yang melibatkan anggota penguatkuasa agensi berkenaan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BAGI memelihara integriti anggota penguat kuasa selain membentuk sikap telus dan profesional semasa menjalankan tugas, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dengan kerjasama Bank Simpanan Nasional (BSN) telah melaksanakan projek rintis dengan menyediakan lima unit kamera badan (Body Worn Camera).

Ia yang disumbangkan oleh BSN untuk digunakan oleh anggota Maritim Malaysia ketika mengiringi wang milik perbankan berkenaan ke Pulau Tioman.

Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim berkata, inisiatif ini dilaksanakan bagi membantu Maritim Malaysia dalam memastikan anggota di bawahnya berada pada tahap standard profesionalisme yang tinggi.

“Malah ia juga berperanan sebagai penghalang kepada aktiviti haram serta meningkatkan akauntabiliti yang melibatkan anggota penguat kuasa agensi ini,”katanya pada Majlis Penyerahan Body Worn Camera oleh BSN kepada Maritim Malaysia hari ini.

Beliau turut menambah, selain kamera badan yang disumbangkan oleh BSN, Maritim Malaysia juga akan menambah lagi jumlah kamera badan untuk kegunaan Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim dan seterusnya Bahagian Operasi Udara serta Pasukan Tindakan Khas (STAR Team) sebelum digunakan secara menyeluruh oleh anggota di lapangan ketika bertugas.

Penyerahan kamera badan berkenaan telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Perniagaan BSN, Mujibburrahman Abd Rashid kepada Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim.

Advertisements

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan Maritim Malaysia, Khairul Anuar bin Bachok, Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim, Laksamana Muda Maritim Aminuddin Abd Rashid serta Naib Presiden / Ketua Cawangan Operasi Perbankan BSN, Mohd Khairil Mohd Nor.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sebagai entiti korporat yang bertanggungjawab, BSN adalah salah satu syarikat korporat yang patut dijadikan contoh dalam menyokong perkhidmatan yang diberikan agensi kerajaan dengan turut memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan kawasan maritim Malaysia terjaga dan selamat.

Katanya, Maritim Malaysia yakin dengan pemakaian kamera badan ini, ia akan meningkatkan keupayaan dan memperkukuhkan lagi misi agensi ini dalam melindungi kawasan perairan Malaysia.

Pihak Maritim Malaysia dalam pada itu merakamkan ucapan penghargaan kepada BSN atas sumbangan yang berharga ini disamping berharap agar kerjasama dengan BSN dapat berterusan seiring dengan usaha untuk menjadikan Malaysia lebih selamat dan terjamin.

Kamera badan yang diberikan oleh BSN dilengkapi dengan teknologi terkini, membolehkan pegawai-pegawai Maritim Malaysia merekodkan bukti audio dan video berkualiti tinggi semasa operasi dijalankan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kilang proses ‘e-waste’ didalangi warga asing diserbu, 33 ditahan

SEBUAH kilang memproses sisa elektronik atau e-waste yang didalangi warga asing diserbu oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam satu...

Lagi Artikel Berkaitan