25.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, January 22, 2025

3R: AGC perlu konsisten dalam bertindak

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TINDAKAN konsisten dari segi siasatan dan pertuduhan daripada Pejabat Peguam Negara (AGC) perlu dikenakan kepada individu termasuk pemimpin yang disiasat melibatkan isu 3R (agama, kaum dan raja-raja).

Ini kerana, kata Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan, selain pendakwaan dikenakan ke atas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, persoalannya bagaimana pula pemimpin politik lain.

Shahril berkata, menerusi hujah yang sama, proses perundangan ada kertas siasatannya, persoalan yang penting juga diutarakan terhadap beberapa ucapan 3R termasuk oleh Pengerusi DAP, Lim Guan Eng yang turut disiasat.

“Walaupun tidak sama, tapi 3R itu ada tiga, Guan Eng tidak bercakap soal menghina raja tetapi dikaitkan berunsur agama dan kaum.

“Saya rasa ini pun termasuk dalam 3R yang patut juga mendapat layanan serupa (siasatan dan pendakwaan),” katanya.

Dalam pandangan sama, Khairy yang juga bekas Ahli Parlimen Rembau berkata, Pengerusi DAP itu telah melanggar dua daripada tiga isu 3R iaitu bangsa dan agama.

“Pemimpin generasi muda kita, Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh sebelum ini juga sudah mengeluarkan kenyataan dan turut menyoal mana tindakan ke atas Guan Eng.

“Sanusi langgar 3R, begitu juga Guan Eng. Sehubungan itu, kita nak melihat tindakan konsisten dari segi siasatan dan pertuduhan daripada AGC,”katanya dalam Podcast Keluar Sekejap semalam.

Advertisements

Kelmarin, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya telah menyerahkan laporan siasatan berhubung kes 3R membabitkan Guan Eng dan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang kepada pihak AGC.

Bagaimanapun jelas beliau, siasatan ke atas kedua-dua pemimpin politik itu mencapai 70 peratus dan ada beberapa hal lain yang masih dalam siasatan.

Sementara itu, Khairy berkata, pendakwaan ke atas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor dilihat satu ancaman terbesar Pakatan Harapan (PH) terhadap beliau menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini.

Bekas Ahli Parlimen Rembau itu berkata, walaupun pendakwaan itu adalah dibuat oleh sistem perundangan tetapi dalam konteks PRN, ia tidak boleh dipisahkan kesan politik daripada apa yang berlaku.

Malah katanya dalam konteks PRN, Pas turut mengakui Muhammad Sanusi adalah ‘panglima’ hadapan.

“Kalau sudah sampai nak heret Sanusi ke mahkamah, nak tuduh dia di mahkamah, ini adalah serius.

“Kalau kita nak letakkan konteks ini, konteks adalah Sanusi untuk PRN ini adalah ancaman terbesar PH. Saya rasa kita setuju dengan sokongan penonton di YouTube Keluar Sekejap hingga 600,000 tontonan. Jadi dia adalah antara ancaman terbesar,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Anwar bertemu pemimpin MNC di Davos, teroka sinergi pelaburan

DATUK Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin syarikat multinasional (MNC) di sela-sela Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi...

Lagi Artikel Berkaitan