28.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

Kerajaan akan pastikan ke arah 100 peratus akses internet

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN bersedia untuk bekerjasama dengan para penyedia perkhidmatan internet satelit termasuk Starlink untuk ke arah 100 peratus akses internet di kawasan berpenduduk.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, sekarang ini, 97 peratus kawasan berpenduduk telah mempunyai akses internet.

“Untuk baki tiga peratus pula, ada isu geografi lokasi seperti kawasan pedalaman atau pulau terpencil yang menjadi cabaran kepada pembinaan rangkaian,”katanya menerusi kenyataan di sini.

Terdahulu, beliau menyerahkan Lesen Pemberi Kemudahan dan Perkhidmatan Rangkaian kepada wakil Starlink.

Penyerahan itu, katanya, sekaligus akan membenarkan Starlink menyediakan perkhidmatan internet satelit di Malaysia terutamanya di kawasan pedalaman.

Advertisements

“Insya-Allah Starlink akan memulakan perkhidmatan mereka di kawasan Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan sekolah terlebih dahulu seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim minggu lepas.

Terdahulu, media melaporkan kerajaan bercadang untuk menggunakan 40 peranti Starlink di institusi pengajian tinggi (IPT) dalam usaha memperbaiki capaian internet di kampus masing-masing.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peranti tersebut diperoleh hasil persidangan video dengan Ketua Pegawai Eksekutif SpaceX, Elon Musk.

“Saya melawat universiti dan mendengar rungutan daripada pelajar yang bertanya ‘Datuk Seri bagaimana kita boleh belajar sedangkan internet tidak boleh digunakan.

“Jadi apabila Elon Musk bercakap dengan saya, saya maklumkan Fahmi Fadzil (Menteri Komunikasi dan Digital) semalam untuk membeli (peranti Starlink) dengan segera, dan kita akan memasangnya di mana sahaja universiti yang memerlukan,”katanya ketika berucap pada program Mini Karnival Usahawan Desa (KUD) di Dataran Amanjaya, baru-baru ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Balai polis Ulu Tiram diserang, dua anggota, suspek maut

DUA anggota polis maut manakala seorang cedera akibat ditembak dan ditetak seorang lelaki yang menceroboh masuk ke Balai Polis...

Lagi Artikel Berkaitan