25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Starlink tingkat liputan internet di pedalaman Pahang

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PEMASANGAN perkhidmatan internet Starlink pertama di Pahang iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Titom, Lipis merupakan titik tolak kepada peluasan liputan internet di negeri ini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, dengan pemasangan itu, ia akan memberi manfaat kepada lebih 400 pengguna bukan sahaja pelajar tetapi juga penduduk berhampiran yang terdiri daripada masyarakat Orang Asli di Pos Titom.

Katanya, pemasangan tersebut dilakukan selepas sesi tinjauan dan penilaian kesesuaian lokasi dijalankan termasuklah ujian kelajuan internet yang mencatatkan kelajuan antara 80Mbps ke 100Mbps dengan kawasan liputan dalam lingkungan radius 100 meter.

“Pada masa ini, menara tersebut sedang diperingkat awal pembinaan dan dijangka mula beroperasi sepenuhnya pada pertengahan 2024 dengan perkhidmatan 4G dapat ditawarkan kepada masyarakat Pos Titom dan sekitarnya,” katanya menerusi kenyataan, semalam.

Advertisements

Perkhidmatan internet Starlink ini menggunakan teknologi satelit orbit rendah dengan menawarkan kelajuan internet yang lebih laju dan stabil.

Wan Rosdy berkata, perkhidmatan Starlink merupakan satu usaha jangka pendek secara Proof of Concept (POC) bagi penyediaan internet di kawasan tersebut.

Katanya, pelaksanaan projek menara baharu di bawah Pelan Jalinan Digital Negara dilaksanakan di Pos Titom.

“Saya berharap dengan Starlink ini dapat membantu meluaskan lagi liputan internet terutamanya di kawasan pedalaman agar lebih ramai rakyat di negeri ini dapat menggunakan perkhidmatan talian komunikasi yang semakin penting pada masa kini,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan