31.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

Ahli Parlimen PN sokong Kerajaan Perpaduan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

AHLI Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid dari Perikatan Nasional (PN) yang mengisytiharkan sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, keputusan itu diambil setelah meneliti rinithan pengundi dan menitikberatkan keperluan mendesak menangani masalah kenaikan kos sara hidup.

Katanya, sokongan yang diberikan kepada Perdana Menteri adalah bermula semalam.

“Keputusan saya bertujuan menilai sama ada Perdana Menteri adalah ikhlas dan akan mengotakan janjinya bahawa peruntukan akan disalurkan kepada sesiapa ahli parlimen yang menyokong dasar-dasar Kerajaan Perpaduan.

“Saya percaya ekonomi negara perlu ditingkatkan demi kemakmuran dan kesejahteraan rakyat. Oleh yang demikian, saya menyokong Anwar atas apa-apa usaha yang dilakukan untuk mengukuhkan ekonomi negara,” katanya menerusi kenyataan, semalam.

Advertisements

Sementara itu, Iskandar Dzulkarnain menjelaskan, bagi mengelak sebarang keraguan, beliau tidak akan tinggalkan apatah lagi khianati Bersatu dalam apa jua keadaan atas prinsip taat dan setia kepada parti.

Ujarnya, beliau sanggup berdepan berkemungkinan dengan risiko sebarang tindakan disiplin oleh parti.

“Saya tidak sanggup melihat pengundi-pengundi di kawasan saya terus terbiar dan ketinggalan hanya semata-mata kerana perbalahan naratif politik.

“Saya dengan ini mengambil keputusan untuk menyokong inisiatif inisiatif Kerajaan dalam hal-hal yang mengutamakan kebajikan rakyat negara ini, sehingga Pilihanraya Umum yang seterusnya,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MASA, IDS jalin kerjasama bidang penyelidikan, masyarakat

INSTITUT Kajian Pembangunan (Sabah) IDS dan Institut Masa Depan Malaysia (MASA), hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bertujuan menjalin...

Lagi Artikel Berkaitan