33.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Kelayakan Euro B-21: England belasah Serbia 9-1

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SKUAD Serbia bawah 21 tahun (B-21) menerima pengajaran sempurna selepas dibelasah England B-21, 9-1, di City Ground, awal pagi tadi.

Ini selepas tindakan provokatif Vladimir Lucic yang meraikan jaringan pertama perlawanan di depan bangku simpanan tuan rumah mencetuskan kemarahan dan kebangkitkan anak buah Lee Carsley.

Pemain Aston Villa, Jaden Philogene memulakan kebangkitan England apabila menyumbat gol pertama pada minit ke-38 sebelum Liam Delap dan Harvey Elliot menjadikan kedudukan 3-1 ketika menuju ke bilik persalinan.

Selepas rehat, England tidak sesekali memberi ruang kepada Serbia apabila terus meledak tambahan dua gol menerusi jaringan Noni Madueke pada minit ke-53 dan 59.

Advertisements

Philogene menambah gol kedua peribadi dalam perlawanan itu apabila menjadikan kedudukan 6-1 apabila mudah menolak masuk bola di depan gawang pada minit ke-63.

Cubaan Mitar Ergelas mengeluarkan bola dari kawasan bahaya memakan diri apabila rembatannya terkena rakan sepasukan, Luka Subotic yang kemudiannya masuk melepasi kawalan, Veljko Ilic.

Jonathan Rowe menjadikan kedudukan 8-1 pada sebelum Elliot melengkapkan kemenangan besar menerusi jaringan pada waktu kecederaan.

Anak buah Carsley akan sekali lagi turun menentang Ukraine di Slovakia Isnin ini untuk perlawanan ketiga dalam Kumpulan F. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zii Jia tamatkan kemarau gelaran, juarai Terbuka Thailand

PEMAIN perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia menamatkann kemarau gelaran selama tujuh bulan apabila menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka...

Lagi Artikel Berkaitan