27.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Dua gol lewat legakan Sepanyol

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEPANYOL menjaringkan dua gol lewat permainan untuk menewaskan pendahulu Kumpulan A, Scotland dalam aksi kelayakan Kejohanan Eropah (Euro) 2024, awal pagi tadi.

Scotland yang hanya memerlukan keputusan seri untuk menjadi pasukan pertama layak ke Euro 2024 turun di Estadio La Cartuja de Sevilla dengan misi meraih sekurang-kurangnya satu mata.

Skuad bimbingan Steve Clark itu hampir di depan pada separuh masa pertama namun jaringan pemain tengah, Scott McTominay dibatalkan oleh video bantuan pengadil (VAR).

Keputusan tersebut mencetuskan sedikit kontroversi apabila pengadil, Serdar Gozubuyuk mendakwa Jack Hendry menghalang penjaga gol, Unai Simon dalam penghasilan gol tersebut.

Advertisements

Pelawat menerima tamparan hebat selepas itu apabila kehilangan kapten, Andrew Robertson yang terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan bahu ketika bertembung dengan Simon.

Sepanyol yang mendominasi 75 peratus penguasaan bola akhirnya memecah kebuntuan pada minit ke-73 menerusi tandukan Alvaro Morata.

Tuan rumah mengesahkan kemenangan pada minit ke-86 apabila percubaan Oihan Sancet terkena Ryan Porteous sebelum menerjah gawang Scotland yang dikawal Angus Gunn.

Kemenangan itu meletakkan Sepanyol di tangga kedua Kumpulan A, ketinggalan tiga mata di belakang Scotland namun masih beraksi kurang satu perlawanan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

70,000 penduduk luar bandar nikmati elektrik biogas Felcra

KIRA-KIRA 70,000 penduduk luar bandar atau 14,000 rumah bakal menikmati bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi menerusi janakuasa yang...

Lagi Artikel Berkaitan