26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Dekan Universiti Islam Gaza mangsa korban rejim Zionis

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DEKAN Fakulti Pengajian Islam Universiti Islam Gaza, Dr Tayseer Ibrahim terkorban dalam serangan yang dilancarkan rejim Zionis di Semenanjung Gaza.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi hantaran di Facebook beliau, pagi ini.

Tayseer merupakan alumni sebuah universiti Islam di negara ini.

Advertisements

“Pagi ini menerima perkhabaran duka apabila seorang lagi alumni universiti Islam di Malaysia terkorban syahid akibat dibunuh dengan kejam oleh rejim kolonial pengganas Zionis Israel.

“Moga Allah kurniakan syurga jannah tanpa hisab kepada as-Syahid Dr Tayseer Ibrahim, Dekan Fakulti Pengajian Islam Universiti Islam Gaza.

“Jangan berhenti mendoakan saudara-saudara Islam kita di Palestin,”ujar beliau.

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan