32.9 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Pahang bina pusat pemindahan tetap di lima daerah

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN Negeri Pahang membina pusat pemindahan tetap di lima daerah di negeri tersebut sebagai langkah memberikan keselesaan kepada penduduk yang terpaksa dipindahkan akibat bencana alam.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menerusi hantaran Facebook berkata, ketika ini hanya satu pusat pemindahan tetap telah siap dibina iaitu di Kampung Luit, Maran.

Sementara itu katanya, empat lagi pusat pemindahan tetap dijangkan akan siap dalam tempoh satu dua tahun lagi.

“Pewujudan pusat pemindahan tetap yang dibina dengan kos RM650,300 ini mampu menampung sehingga 24 keluarga jika berlaku bencana di kawasan ini.

Advertisements

“Selain di Luit, kerajaan negeri turut membina empat lagi pusat pemindahan tetap iaitu di Lipis, Temerloh, Kuantan dan Pekan dengan kos keseluruhan berjumlah RM30 juta,” katanya hari ini.

Terdahulu, Wan Rosdy merasmikan pusat pemindahan tetap Kampung Luit, Maran yang merupakan pusat pemindahan tetap yang pertama di negara ini.

Wan Rosdy berkata, inilah sebahagian usaha-usaha yang dilaksanakan kerajaan negeri dalam menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

“Saya berharap dengan adanya pusat pemindahan tetap ini ia akan dapat memberi keselesaan kepada penduduk yang terpaksa dipindahkan akibat bencana,” ujarnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akhyar Rashid disamun, cedera di kepala akibat dipukul

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu sekitar...

Lagi Artikel Berkaitan