26.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 9, 2024

Mohd Puad dakwa ada lagi Ahli Parlimen PN sokong PM

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi mendakwa akan ada lagi beberapa Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) daripada Bersatu menyokong kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, selepas ini.

Beliau mendakwa, ia akan dilakukan setelah selesai sidang Dewan Rakyat mengenai Belanjawan 2024 sepenuhnya.

“Difahamkan ada beberapa lagi MP Bersatu akan buat pengumuman untuk menyokong Datuk Seri Anwar setelah selesai sidang Bajet  2024 sepenuhnya.

“Eloklah Bersatu cepat-cepat pinda perlembagaan parti itu sebelum jadi tepu kerana Ahli Parlimennya makin kurang.

“Sebelum itu Muhyiddin dakwa PAS sudah tepu kerana penyokongnya sudah maksimum. Tapi PAS ada kelebihan. Ia menguasai empat negeri.

Advertisements

“Bersatu apa ada? Melukut di tepi gantang. Sebab itu moral ahli jatuh,”katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Sebelum ini empat Ahli Parlimen Bersatu bertukar ke blok kerajaan dengan menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri.

Mereka ialah Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid; Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman; Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim dan Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik.  

Iskandar Dzulkarnain dan Suhaili masing-masing digantung keahlian empat dan enam tahun oleh Bersatu.

Manakala dua lagi bakal menerima nasib yang serupa selepas ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selangor sah tarik diri Piala Sumbangsih bertemu JDT

SELANGOR FC (SFC) membuat keputusan untuk menarik diri daripada perlawanan Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’azim di Stadium Sultan...

Lagi Artikel Berkaitan