32.9 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Kerajaan Pahang lulus ambil tanah naik taraf jalan Mukim Telang

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN Negeri Pahang meluluskan permohonan pengambilan tanah bagi Projek Menaik Taraf Jalan Lubuk Kulit-Sungai Ular di Mukim Telang dan Batu Yon, Daerah Lipis.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, keputusan itu dicapai pada Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) hari ini yang melibatkan 32 lot tanah hak milik dengan keluasan yang diambil adalah 8.7745 ekar.

Katanya, kelulusan tersebut di bawah seksyen 3(1)(a) Akta Pengambilan Tanah 1960 dengan projek berkenaan adalah di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

“Saya berharap projek naik taraf jalan di kawasan ini dapat memberikan kemudahan perhubungan jalan raya yang selamat dan selesa serta meningkatkan taraf kehidupan yang sejahtera kepada rakyat,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Advertisements

Jajaran projek itu melibatkan lot tanah di perkampungan Lubuk Kulit bermula dari Jambatan Berchang Baru dan berhampiran dengan Dewan Orang Ramai Lubuk Kulit.

Ia turut melibatkan Sekolah Kebangsaan Lubuk Kulit dan berakhir di jalan masuk ke Pejabat Ladang Bukit Puteri berhampiran dengan Masjid Sungai Ular dan Pusat Internet Komuniti RTP Sungai Ular.

Dalam pada itu, Wan Rosdy berkata, KKDW telah menyediakan peruntukan kos keseluruhan projek yang dianggarkan sebanyak RM66 juta.

“Bagi kos pampasan pengambilan tanah pula dianggarkan sebanyak RM3.63 juta,” jelas beliau. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akhyar Rashid disamun, cedera di kepala akibat dipukul

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu sekitar...

Lagi Artikel Berkaitan