32.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Lelaki cedera terjatuh dari kren ketika pasang solar

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki cedera selepas terjatuh dari kren yang mengalami kerosakan ketika melakukan kerja pemasangan solar di sebuah rumah di Taman Subang Height, Subang Jaya di sini.

Mangsa terjatuh pada ketinggian kira-kira tiga meter dan menyebabkannya mengalami kecederaan di bahagian kaki.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10.05 pagi.

“Seramai sembilan anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang dan BBP Petaling Jaya kemudian dikejarkan ke lokasi kejadian.

Advertisements

“Sebaik tiba, kami dimaklumkan mengenai insiden terbabit apabila kren digunakan untuk memasang solar di rumah itu mengalami kerosakan,”katanya menerusi kenyataan di sini.

Ahmad Mukhlis berkata, kejadian itu menyebabkan empat mangsa terkandas.

“Seorang daripada mereka terjatuh dari kren manakala tiga lagi mangsa berjaya dibawa turun menggunakan jentera Aerial Ladder Platform (ALP) kira-kira jam jam 11.05 pagi,”katanya.

Ujar bberlaku, punca kejadian masih dalam siasatan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Dituduh pakai ijazah palsu, calon PN dedah transkrip universiti

GARA-GARA dituduh menggunakan ijazah palsu, calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut mendedahkan transkrip...

Lagi Artikel Berkaitan