25.9 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Lelaki mabuk terjatuh longkang, ditemui mati

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki mabuk ditemui mati selepas dipercayai terjatuh ke dalam sebuah longkang sedalam tiga meter.

Kejadian itu berlaku berhampiran sebuah kedai serbaneka 24 jam di Pandan Perdana Ampang Jaya di sini malam tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Morni Mamat berkata, bilik gerakan operasi negeri menerima panggilan awam memaklumkan penemuan seorang lelaki parah terjatuh ke dalam longkang pada jam lebih kurang 9.37 malam tadi.

Katanya, bertindak atas maklumat kecemasan itu, sepasukan anggota dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pandan Indah telah bergegas kr tempat kejadian.

“Setiba pada jam 9.54 malam, kelihatan seorang lelaki berusia lingkungan 40-an telah terjatuh di dalam longkang sedalam tiga meter.

Advertisements

“Anggota bomba kemudiannya telah membawa naik mangsa dari longkang tersebut kira-kira tiga minit kemudian,” katanya dalam kenyataan di sini.

Tambah beliau, pemeriksaan lanjut mendapati mangsa telah mengalami kecederaan dan disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan yang berada di lokasi kejadian.

Menurut beliau, daripada siasatan lanjut mendapati mangsa, seorang lelaki tempatan telah memandu kereta dan terlibat dalam kemalangan.

“Difahamkan, dia kemudian keluar dari keretanya yang ditimpa kemalangan dalam keadaan kecederaan pada badan.

“Mangsa didapati dalam keadaan mabuk sebelum dipercayai terjatuh ke dalam longkang tersebut dan meninggal dunia,”katanya. –Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan