31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Malaysia kutuk insiden bakar al-Quran di Denmark

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN Malaysia hari ini mengecam sekeras-kerasnya perbuatan keji dan berulang pembakaran al-Quran di Denmark dalam tempoh lapan hari.

Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, keengganan kerajaan Denmark untuk menghentikan perbuatan melampau itu tidak boleh diterima sama sekali malah umat Islam seluruh dunia menolak berkali-kali.

Menurutnya, perbuatan berbaur Islamofobik dibuat pada bulan suci Ramadan itu tidak lain bermotif untuk menyebarkan kebencian dan hasutan ganas.

“Malaysia menyeru kerajaan Denmark segera mengambil tindakan tegas ke atas pelaku tersebut dan tidak mengistilahkan perkara keji itu sebagai kebebasan bersuara,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, Malaysia menggesa masyarakat antarabangsa mengerah usaha dalam memastikan sebarang kitab suci agam dihormati sepenuhnya dan dilindungi dengan baik.

“Semua negara perlu aktif memerangi gejala Islamofobia dan menggalakkan hubungan harmoni dalam kalangan individu berbilang agama sekali gus dapat mempromosikan semangat hidup bersama secara aman selaras dengan asas-asas sejagat Hak Asasi Manusia di seluruh dunia. 

Kenyataan tersebut bagi merujuk aksi ganas kumpulan ekstremis anti-Islam berhaluan kanan dikenali Patrioterne Gar Live membakar kitab suci itu berdekatan kedutaan Turkiye di Denmark.

Mereka turut bangga mempamerkan pelbagai sepanduk kebencian ke atas agama Islam termasuk membakar bendera Turkiye di hadapan canseri diplomatik itu di Copenhage

Akhir Januari lepas, tokoh politik pelampau tempatan, Rasmus Paludan mencetuskan kontroversi apabila turut membakar al-Quran di pekarangan sebuah masjid di Denmark.

-EDISI9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan