25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Yuran PIBG : Jangan beban ibu bapa – Fadhlina

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERSATUAN Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di semua sekolah perlu mematuhi prosedur ditetapkan supaya caj yuran yang dikenakan tidak membebankan ibu bapa.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Surat Pemakluman Sumbangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru pada 15 September 2021 sudah memberi peringatan kepada sekolah supaya tidak mengenakan bayaran tambahan dalam sumbangan PIBG dan pematuhan kepada garis panduan yang disediakan.

Susulan itu, katanya, KPM akan terus memantau dan memastikan pihak sekolah tidak melanggar peraturan yang ditetapkan.

“Peraturan Pendidikan (Persatuan Ibu Bapa Guru) 1998 membenarkan PIBG mengutip apa-apa sumbangan yang diputuskan pada mesyuarat agung tahunan daripada anggota dan keputusan itu perlu dimaklumkan kepada Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri yang juga Pendaftar Negeri.

Advertisements

“Dalam hal ini, Surat Siaran KPM Bilangan 4 Tahun 2011 Garis Panduan Kutipan/Bayaran Keperluan Persekolahan Di Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan adalah berkaitan sebagai rujukan pihak sekolah,” katanya pada sesi soal jawab bagi jawapan lisan di Dewan Negara, hari ini.

Fadhlina turut menyarankan ibu bapa hadir ke mesyuarat PIBG yang dianjurkan pihak sekolah bagi mendapatkan maklumat dan justifikasi berkaitan caj yuran PIBG yang dikenakan.

“Sekiranya ada aduan haruslah dikemukakan mengikut aturan dan proses serta sekiranya ada aduan KPM akan kenal pasti dan turun bersama pendaftar negeri iaitu Pengarah JPN untuk memastikan pembetulan itu dibuat sama ada melalui mesyuarat ataupun ditetapkan mana-mana peraturan lain di bawah pendaftaran negeri,” katanya. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan