Thursday, July 23, 2026

2 kakitangan DOSM maut, nahas bertembung treler

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DUA kakitangan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) maut selepas kenderaan yang dinaiki bertembung dengan sebuah lori treler di Jalan Rompin Lama, Pahang, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu, kedua-dua mangsa yang merupakan Pembantu Perangkaan DOSM Pahang iaitu Suhaizan Abdullah dan Ruzana Mohamad Agin dalam perjalanan dari Kuantan ke Rompin bagi melakukan bancian.

DOSM dalam satu hantaran di Facebook mengucapkan takziah buah seluruh keluarga bagi kedua-dua kakitangan yang terbabit dalam kemalangan maut berkenaan.

“Marilah kita bersama-sama berdoa agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat, diterima amal ibadahnya dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

“Sesungguhnya daripadaNya kita datang dan kepadaNya jua kita akan kembali. Salam takziah diucapkan sekali lagi,” katanya hari ini.

Pasukan bomba bertungkus-lumus mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan di Jalan Rompin Lama, Pahang, hari ini. FOTO: Facebook Korporat JBPM

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani dilaporkan berkata, kejadian melibatkan kereta dan lori treler yang dipercayai bertembung.

“Terdapat dua perempuan dewasa yang tersepit di dalam kereta meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu lori treler selamat.

“Pasukan bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan menyelamat,”katanya hari ini.

Menurutnya, mangsa diserahkan kepada pihak polis dan dihantar ke hospital untuk tindakan lanjut. 

-EDISI9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan