32.5 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

ISN, KKM tingkatan kepakaran perubatan sukan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PEMERKASAAN kepakaran perubatan sukan negara perlu dipertingkatkan bagi memastikan ianya setaraf dengan kepakaran di luar negara.

Menyedari hakikat itu, Institut Sukan Negara (ISN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi meningkatkan kualiti kepakaran perubatan sukan negara

ISN dan KKM menerusi kenyataan bersama memaklumkan, MoU itu akan memacu usaha negara untuk meningkatkan dan mengekalkan tahap kesihatan masyarakat serta merubah landskap kesihatan negara dari ‘sick care’ kepada ‘health care’.

“Pemerkasaan kepakaran perubatan sukan ini juga secara langsung dan tidak langsung mampu mengurangkan kos rawatan perubatan penyakit tidak berjangkit dan berjangkit seterusnya meningkatkan kualiti kehidupan rakyat, produktiviti serta kemajuan sukan negara,” katanya hari ini.

MoU itu disempurnakan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah Ketua Pegawai Eksekutif ISN, Ahmad Faedzal Md. Ramli.

Antara aspek kerjasama yang akan ditumpukan ialah perkhidmatan klinikal sains sukan dan rujukan pelanggan yang dikenal pasti di antara KKM dan ISN berdasarkan kesesuaian lokaliti, fasiliti dan keberadaan pakar perubatan sukan semasa.

Advertisements

Ini termasuk mengukuhkan penglibatan dan peranan ISN dan KKM sebagai sumber rujukan utama dalam bidang perubatan sukan dalam apa-apa aktiviti, acara, pertandingan atau kejohanan sukan yang diadakan.

Sementara itu, kenyataan itu memaklumkan, kerjasama itu diharap dapat meningkatkan kemahiran dan pengalaman pakar perubatan sukan, mengurangkan kos rawatan melalui perkongsian peralatan perubatan dan teknologi serta memudahkan rujukan pesakit yang memerlukan perkhidmatan bidang kepakaran perubatan dan sains sukan tertentu.

Katanya, aspek latihan dengan program latihan berstruktur dan terselia juga akan dibangunkan melalui perjanjian persefahaman ini dan akan disesuaikan dalam bidang perubatan dan sains sukan kepada kakitangan kedua-dua belah pihak.

“Menerusi kerjasama penyelidikan dan penerbitan, kedua-dua pihak akan mempergiatkan perkongsian kepakaran penyelidikan bagi tujuan pembangunan perubatan dan sains sukan.

“Ini meliputi apa-apa penyelidikan dalam bidang perubatan dan sains sukan, akses kepada data, kepentingan dalam hak-hak harta intelek dan penerbitan hasil kajian atau pembentangan di peringkat antarabangsa dengan persetujuan bersama,” ujarnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akibat tindakan bodoh, Harimau Malaya hilang pemain tonggak

AKIBAT tindakan bodoh oleh individu tertentu, skuad kebangsaan kehilangan pemain tonggak bagi mengharungi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027,...

Lagi Artikel Berkaitan