26.2 C
Kuala Lumpur
Monday, December 4, 2023

Wanita cedera, kereta terbabas ke dalam longkang

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG wanita mengalami kecederaan pada bahagian kepala selepas kereta dipandunya terbabas sebelum terjatuh ke dalam longkang di Seksyen 18, Shah Alam petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor, Penguasa Kanan Bomba I, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan insiden itu pada jam 3.41 petang.

“Sepasukan anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam bergegas ke lokasi kejadian.

“Setiba di lokasi, pihak bomba mendapati kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi.

“Kereta yang dipandu wanita berusia 25 tahun berkenaan disyaki hilang kawalan sebelum terbabas masuk ke dalam longkang.

“Akibat kemalangan tersebut, wanita berkenaan mengalami kecederaan di bahagian kepala,”katanya menerusi kenyataan di sini.

Bagaimanapun, Ahmad Mukhlis berkata, pihak bomba berjaya mengeluarkan mangsa sebelum diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk rawatan lanjut. – Edisi 9

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini

Lantik Raja Affandi sebagai Ahli Dewan Negara – Shabery

KERAJAAN diminta mempertimbangkan cadangan melantik calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, Jeneral (B) Tan Sri...

Lagi Artikel Berkaitan