27.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Liverpool lakar kebangkitan dramatik dengan 10 pemain

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

DARWIN Nunez meledak dua gol termasuk satu pada waktu kecederaan bagi membantu skuad 10 pemain Liverpool bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan Newcastle United, 2-1, awal pagi tadi.

Kemenangan yang cukup dramatik itu terhasil selepas The Reds yang beraksi dengan kekurangan seorang pemain dalam tempoh satu jam permainan susulan Virgil van Dijk dibuang pada pada minit ke-28.

Dalam aksi di St. James Park, tuan rumah, Newcastle terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Anthony Gordon pada minit ke-25.

Bagaimanapun, dua minit selepas itu van Dijk dilayangkan kad merah oleh pengadil, John Brooks susulan kekasahan ke atas Alexander Isak yang berada pada kedudukan menjaringkan gol.

Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp bagaimanapun terpaksa mengambil tindakan drastik apabila membawa keluar Luis Diaz dan menggantikannya dengan Joe Gomez.

Advertisements

Pada minit ke-36 menyaksikan penjaga gol, Allison bertindak cemerlang apabila menepis sepakan voli Miguel Almiron.

Anak buah Eddie Howe sekali lagi terlepas peluang keemasan untuk menggandakan jaringan, sekali lagi menerusi Almiron selepas pemain sayap Paraguay itu menyepak liar bola umpanan Joelinton pada minit ke-51.

Tindakan Klopp membawa masuk Nunez pada minit ke-77 berhasil dan hanya selepas empat minit dimasukkan, Nunez meledak gol penyamaan The Reds.

Gol tersebut berpunca daripada kegagalan pertahanan, Steven Botman menahan bola dengan baik sebelum dirampas Nunez yang kemudiannya melepaskan sepakan leret menewaskan Nick Pope di gawang Newcastle.

Nunez kemudiannya memastikan kebangkitan dramatik Newcastle apabila menyudahkan hantaran Mohamed Saleh sekali gus memberikan tiga mata penuh buat Liverpool. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan