25.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Rodri muncul penyelamat City

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MANCHESTER City mengekalkan rekod kemenangan 100 peratus di Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas jaringan lewat Rodri membantu The Citizen menang 2-1 ke atas pendatang baharu, Sheffield United di Bramall Lane, malam tadi.

Lebih manis lagi, ini merupakan kali pertama City menang tiga perlawanan awal liga sejak 2016-17 sementara Pep Guardiola pula mencipta rekod 100 kemenangan dalam 269 perlawanan sejak mengendalikan City.

Namun, aksi di Bramall Lane bukan semudah disangka apabila City agak bergelut mencari gol pendahuluan dengan 30 percubaan direkodkan mereka sepanjang perlawanan.

Penyandang juara EPL itu dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-35 selepas bola hantaran Julian Alvarez terkena tangan John Egan.

Advertisements

Erling Halaand yang ditugaskan mengambil sepakan gagal menyudahkan peluang apabila rembatannya terkena tiang sebelah kanan sebelum melantun keluar.

Gol yang dicari-cari anak buah Guadiola akhirnya tiba pada minit ke-63 selepas penyerang Norway itu menanduk masuk hantaran Jack Grealish sekali gus menewaskan Wes Faderingham di gawang Sheffield.

Tuan rumah bangkit menyamakan kedudukan menerusi Jayden Bogle pada minit ke-85, menghukum kesilapan Kyle Walker yang gagal mengeluarkan bola dengan baik.

Walker bagaimanapun menebus kesilapannya selang tiga minit kemudiannya apabila menghantar bola kepada Rodri sebelum disudahkan pemain tengah Sepanyol itu untuk memberikan tiga mata penuh buat The Citizen. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan