32.9 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Menang GP Belanda, Verstappen samai rekod Vettel

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PEMANDU Red Bull Racing, Max Verstappen menjuarai Grand Prix (GP) Belanda untuk tiga tahun berturut-turut menewaskan Fernando Alonso di tempat kedua dan Pierre Gasly, ketiga.

Kemenangan di ‘laman sendiri’ Litar Zandvoort itu menyaksikan Verstappen menyamai rekod sembilan kemenangan GP berturut-turut yang dicatatkan Sebastian Vettel.

Bermula di petak depan, Verstappen mendahului pusingan pertama namun hujan yang turun sebaik perlumbaan bermula memberi kesan kepada kebanyakan pelumba.

Tindakan pantas pasukan Red Bull Racing mengarahkan Sergio Perez menukar tayar pada pusingan pertama berhasil apabila pemandu itu memimpin perlumbaan.

Trek kembali kering hanya beberapa pusingan selepas itu dan Vestappen yang kemudian keluar dari pit pada pusingan ke-11 terus mendominasi perlumbaan.

Advertisements

Namun, hujan yang kembali turun pada pusingan ke-61 menyaksikan pelumba kembali menggunakan tayar intermediate sebelum perlumbaan dihentikan seketika susulan bendera merah.

Selepas perlumbaan bersambung, Verstappen yang kembali memulakan perlumbaan di petak hadapan terus unggul ke garisan penamat untuk meraih kemenangan ke-11 GP musim ini.

Verstappen terus unggul dalam kedudukan pemandu selepas mengutip 339 mata, jauh meninggalkan Perez di tanggan kedua dengan 201 mata sementara Alonso ketiga (168).

Carta kategori pengeluar pula, Red Bull Racing sukar digugat dengan 540 mata, diikuti Mercedes-AMG (255) dan Aston Martin (215). – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akhyar Rashid disamun, cedera di kepala akibat dipukul

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu sekitar...

Lagi Artikel Berkaitan