24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Tomok berjaya jual pakaian tertumpah pengilat kuku anak

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PENYANYI, Tomok berdepan dugaan yang tidak dijangka dalam persiapan menyambut Aidilfitri kali ini apabila anak perempuannya, Siti Khadijah tertumpah pengilat kuku pada beberapa pakaian di butik mewah semalam.

Akibat daripada kejadian itu, Tomok atau nama sebenar Shah Indrawan Ismail terpaksa membayar ganti rugi sebanyak RM5,593 kepada pemilik butik berkenaan.

Katanya, kejadian berlaku ketika dia bersama keluarga ke pusat beli belah di ibu kota untuk berbuka puasa namun ketika singgah di sebuah butik pakaian mewah, anaknya tertumpahkan pengikat kuku berwarna merah pada empat seluar jeans dan empat baju.

Tomok menerusi Instagram berkongsi mengenai kejadian berkenaan dan meminta jasa baik peminatnya membantu meringankan bebannya dengan membeli pakaian tersebut.

“Saya tidak boleh buat apa, tidak boleh kedai ini. Saya kena bayar keseluruhan RM5,593 selepas diskaun.

“Saya beli, bayar dan akan jual balik sebab ini bukan saiz saya. Lagi satu terlalu besar. Kena sedikit sahaja tapi tak apa saya faham peraturan kedai, memang salah saya.

Advertisements

“Kalau sesiapa yang hendak beli boleh DM (mesej terus) saya. Saya tidak tahulah dah nak raya kena macam ini pula, tak apalah ujian, ujian,” katanya semalam.

Dalam pada itu, Tomok hari ini memaklumkan dia berjaya menjual kesemua pakaian yang dibeli daripada butik tersebut.

Tomok menjual kesemua jeans yang berharga RM1,299 pada harga diskaun RM800 sahaja, dua helai baju yang berharga RM499 dijual pada harga RM300 sementara dua lagi baju yang berharga RM449 dijual Tomok pada harga RM250.

“Sudah habis dijual semua, terima kasih,” komen Tomok di ruangan Instagramnya.

Dalam pada itu, rakan artis yang juga pelakon, Sharnaaz Ahmad turut menyatakan simpati kepada Tomok.

“Bertabahlah, hendak gelak pun ada tapi kesian lagi banyak. Ragam anak bang,” katanya di ruangan komen tersebut. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan