24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Pilihan raya parlimen Finland sengit, pembangkang mendahului 

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

PARTI Gabungan Kebangsaan yang diterajui pembangkang kini mendahului keputusan pilihan raya parlimen Finland selepas berjaya memperoleh 48 kerusi parlimen.

Memetik laporan Xinhua, parti Finland mengekori rapat di belakang dengan 46 kerusi sementara Parti Demokratik Sosial yang diketuai Perdana Menteri Sanna Marin sekadar memperoleh 43 kerusi.

Peratusan keluar mengundi setakat ini mencatatkan 71.9 peratus.

Isu ekonomi dan kebajikan menjadi tumpuam utama dalam kempen pilihan raya itu.

Advertisements

Parti Gabungan Kebangsaan membentangkan keperluan mengimbangi bajet negeri dan mengurangkan keperluan untuk hutang baharu.

Perbincangan pembentukan kerajaan campuran dijangka mengambil sedikit masa memandangkan kerusi yang dimenangi Parti Gabungan Kebangsaan dan Parti Finland masih kurang dan memerlukan sokongan parti lain.

Keputusan rasmi pilihan raya yang diadakan pada Ahad dijangka diumumkan pada Rabu ini.

Kerajaan baharu dijadual akan memulakan pentadbiran pada minggu depan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan