25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 5, 2024

Gelandangan terperangkap dalam longkang diselamatkan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PASUKAN Bomba dan Penyelamat Malaysia berjaya menyelamatkan seorang gelandangan yang terperangkap dalam longkang dalam kejadian yang berlaku di Jalan Tun Abdul Aziz, Kajang.

Difahamkan, mangsa, lelaki tempatan berusia 40-an telah terperangkap dalam longkang dengan kedalaman 2.44 meter sebelum disedari orang awam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan mangsa dipercayai terperangkap dalam longkang tersebut pada jam 8.24 pagi.

“Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang dikejarkan ke lokasi kejadian sebelum menjalankan usaha mengeluarkan mangsa.

Advertisements

“Mangsa yang merupakan seorang lelaki warga tempatan berumur 40-an itu disedari berada dalam longkang itu oleh orang ramai yang berada di sekitar lokasi kejadian,” katanya menerusi kenyataan di sini.

Katanya, anggota bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan mangsa.

“Mangsa bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Jangan terjebak perjudian perhubungan cinta ekspres

Oleh DR NORSAFATUL AZNIN A. RAZAK DALAM era moden yang serba pantas ini, hubungan percintaan sering kali terbentuk dengan begitu...

Lagi Artikel Berkaitan