Wednesday, July 22, 2026

Sukan Asia: Zii Jia, Jin Wei mudah ke pusingan 16

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PEMAIN perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia tidak berdepan masalah menyingkirkan saingan wakil Timor Leste, Mourinho de Jesus untuk layak ke pusingan 16 kejohanan badminton Sukan Asia Hangzou 2022, hari ini.

Pemain di ranking ke-16 dunia itu menang mudah 21-0 dalam set pertama sebelum menamatkan permainan di Gimnasium Binjiang, Hanzhou dengan kemenangan 21-7 di set kedua.

Bagaimanapun, saingan sebenar pemain berusia 25 tahun itu bakal menanti di pusingan 16 apabila bakal bertemu pemenang antara juara dunia, Kunlavut Vitidsarn dari Thailand dan Hai Dang Nguyen (Vietnam).

Sementara itu, pemain perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei turut menepati ramalan apabila menewaskan pemain ke-135 dunia dari Vietnam, Thi. Anh Thu Vu, 21-10, 21-13.

Jin Wei dijangka bertemu pemain ranking nombor tujuh dunia, Gregoria Mariska Tunjung dari Indonesia bagi perebutan tempat ke suku akhir, esok.

Dalam pada itu, seorang lagi wakil negara, K. Lestshanaa tewas kepada pemain Thailand, Busanan Ongbamrungphan, 21-13, 21-10. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan