29.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

KDN warta larangan penerbitan buku ‘When I Was A Kid 3’

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) mewartakan Perintah Larangan terhadap penerbitan berbentuk buku bertajuk When I Was A Kid 3 oleh Cheeming Boey melalui Warta Kerajaan P.U.(A) 283 bertarikh 25 September 2023.

KDN menerusi kenyataan berkata, pewartaan Perintah Larangan itu adalah selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Katanya, ia menetapkan pencetakan, pengimportan, penghasilan semula, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengelilingan, pengedaran atau pemilikan hasil penerbitan tersebut adalah dilarang secara mutlak di negara ini.

“Kerajaan ingin menyatakan komitmen yang berterusan dalam melaksanakan tindakan kawal selia penerbitan khususnya bagi mencegah penyebaran elemen, fahaman, dan gerakan yang bercanggah dengan sosiobudaya tempatan yang boleh mengancam keharmonian dan perpaduan nasional demi kesejahteraan bersama.

“Dalam hal ini, hasil penerbitan tersebut dikenakan tindakan Perintah Larangan kerana ianya merupakan hasil penerbitan yang memudaratkan atau mungkin memudaratkan moral, kepentingan awam, dan kepentingan Negara dengan menimbulkan kebimbangan dan kegelisahan dalam kalangan masyarakat.

Advertisements

KDN berkata, berdasarkan peruntukan di bawah Seksyen 8(2) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, mana-mana individu yang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar, atau ada dalam milikannya bagi apa-apa jua maksud seperti itu apa-apa hasil penerbitan larangan melakukan suatu kesalahan.

Jelasnya, apabila disabitkan, ia boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.

“KDN sekali lagi ingin menyatakan komitmen dalam menjaga keselamatan dan ketenteraman awam melalui tindakan penyeliaan dan kawalan terhadap penerbitan bagi membanteras penyebaran elemen, fahaman, dan gerakan yang bercanggah dengan sosiobudaya tempatan dari semasa ke semasa secara berterusan.

“Ia selaras dengan peruntukan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia negara pertama terima visa haji – Mohd Na’im

MALAYSIA menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024 ini. Menteri...

Lagi Artikel Berkaitan