Thursday, July 23, 2026

Maritim Malaysia sambut baik langkah wujudkan MyPCVE

Mesti Baca

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menyambut baik langkah kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) memperkenalkan Pelan Tindakan Malaysia Bagi Mencegah dan Menangani Fahaman Pelampau Keganasan (MyPCVE).

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Muda Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata, usaha itu dianggap penting dalam memastikan kestabilan dan keamanan negara terus terpelihara.

Beliau berkata, agensi itu sentiasa bersedia menjalankan tanggungjawabnya mengawasi perairan negara daripada dicerobohi elemen-elemen yang boleh menimbulkan ancaman keselamatan, termasuk aktiviti pelampau dan pengganas.

Beliau berkata demikian berhubung peluncuran Pelan Tindakan MyPCVE oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya semalam.

Mohd Rosli menyifatkan pelan tindakan itu sebagai satu langkah proaktif kerajaan dalam membendung sebarang aktiviti yang boleh mencetuskan keganasan di dalam dan luar negara.

Beliau turut mengulas empat teras utama yang menjadi fokus MyPCVE, iaitu Pencegahan, Penguatkuasaan, Pemulihan dan Pengukuhan.

“Melalui empat teras utama ini fahaman pelampau dan keganasan dilihat akan dapat dibendung daripada sebarang anasir yang boleh mengganggu-gugat keharmonian dan kesejahteraan rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Rosli berharap MyPCVE yang akan diguna pakai pada 2024 hingga 2028 itu akan membantu Kerajaan Perpaduan dalam mengekalkan keamanan dan ketenteraman negara ini. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan