29 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 10, 2024

Anggota Kopetro boleh buat pelaburan patuh syariah di KLDX

Mesti Baca

KOPERASI Kakitangan Petronas Berhad (Kopetro) membuka akses kepada anggotanya untuk membuat pelaburan persendirian patuh syariah menerusi kerjasama dengan bursa sekuriti digital, KLDX.

Ketua Pegawai Eksekutif Kopetro, Ahmad Shakir Ahmad Ubaidah berkata, kerjasama tersebut membuka peluang kepada anggota Kopetro untuk melabur dalam aset pasaran persendirian yang sebelum ini hanya terbuka kepada pelabur institusi yang besar. 

Beliau berkata, usaha itu bagi memperluaskan peluang pelaburan beretika kepada anggota koperasi, sekaligus membantu mereka memperkukuh kestabilan kewangan dan mencapai kebebasan kewangan melalui pelaburan yang selamat dan berpotensi tinggi.

“Kolaborasi ini sejajar dengan misi Kopetro untuk memperkasa anggota kami dengan peluang pelaburan yang beretika dan strategik. 

“Dengan memberikan akses kepada aset pasaran persendirian patuh syariah, kami membuka jalan baharu untuk anggota untuk membuat pelaburan serta mempelbagaikan portfolio pelaburan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Kopetro dan KLDX di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Advertisements

Pada majlis itu, Kopetro diwakili oleh Pengerusinya, Roslan Abdul Rahim manakala KLDX diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, R. Selvarany.

Hadir sama Pengerusi KLDX, Tan Sri Dr. Nik Norzrul Thani Nik Hassan Thani.

Ahmad Shakir berkata,  Kopetro sentiasa mencari kaedah inovatif untuk menyokong perjalanan kewangan anggota koperasi. 

Katanya, usaha sama dengan KLDX itu  sebagai satu langkah penting untuk memberikan lebih banyak pilihan kepada anggota dalam merancang masa depan kewangan mereka, sambil tetap berpegang teguh kepada prinsip kewangan Islam.

Sementara itu Selvarany berkata, melalui kerjasama itu anggota Kopetro bakal menikmati manfaat daripada platform canggih KLDX, yang membolehkan mereka mengakses produk pelaburan yang sebelum ini sukar dicapai oleh pelabur individu.

“Kolaborasi ini membuka jalan kepada akses yang lebih meluas kepada pelaburan patuh syariah, sekaligus membantu anggota koperasi membuat keputusan pelaburan yang lebih bijak dan beretika,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Membangun potensi pelajar Orang Asli di IPT menerusi kokurikulum

Oleh NIK AMALENA NAJEBAH NKK AZMAN PADA masa kini, bilangan pelajar Orang Asli di institusi pengajian tinggi (IPT) semakin meningkat,...

Lagi Artikel Berkaitan