29 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 10, 2024

MABMI, SAABM bekerjasama kukuhkan budaya bangsa Melayu

Mesti Baca

MAJELIS Adat Budaya Melayu Indonesia (MABMI) berhasrat mengadakan kerjasama lebih erat dengan Simposium Antarabangsa Aspirasi Bahasa Melayu (SAABM) bagi mengukuhkan lagi kedudukan budaya bangsa Melayu.

Hasrat itu disampaikan MABMI kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga pengasas dan penaung SAABM dalam pertemuan di Kuala Lumpur, malam tadi.

Ketua Umum Pengurus Besar MABMI, Prof Dr OK Saidin berkata, pihaknya memandang tinggi usaha yang digerakkan oleh Ismail Sabri sewaktu pentadbiran Kerajaan Keluarga Malaysia sehingga hari ini.

“Kami melihat beliau sebagai seorang pejuang bahasa Melayu. Telah banyak usaha yang dilaksanakan oleh beliau, seperti penggunaan bahasa Melayu sewaktu berucap di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Sesi Ke-77 pada 24 September 2022.

“Perkara tersebut adalah satu sejarah yang membanggakan buat orang Melayu,” katanya hari ini.

OK Saidin mengetuai delegasi MABMI melakukan kunjungan hormat ke atas Ismail Sabri bagi menyatakan hasrat dan jemputan mereka.

Advertisements

MABMI adalah sebuah lembaga sosiobudaya bagi menghimpunkan masyarakat Melayu Indonesia, yang bermatlamat memelihara dan mengembangkan adat serta kebudayaan Melayu bagi masyarakat pendukungnya.

Dalam pertemuan itu, Ismail Sabri turut menghargai usaha MABMI yang ditubuhkan sejak tahun 1971 di Sumatera Utara itu.

Menurut Ismail Sabri, MABMI telah memainkan peranan yang sangat penting dalam melestarikan budaya Melayu terutama di Medan, Indonesia.

“Usaha mereka ini tidak tertumpu kepada memperkasa budaya Melayu sahaja malah merentasi aspek ekonomi dan pendidikan,”katanya.

Ismail Sabri turut berkongsi aspirasi yang sama dengan MABMI seperti usaha pemerkasaan bahasa Melayu yang kian terpinggir dalam masyarakat hari ini.

Dalam pertemuan itu, delegasi MABMI turut disertai oleh Ketua Pengurus Besarnya, Asro Kamal Rokan, Datuk Adil Fredy Haberham, Azrin Naim dan Pengurus Besarnya, Faris Saleh Bashel. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Membangun potensi pelajar Orang Asli di IPT menerusi kokurikulum

Oleh NIK AMALENA NAJEBAH NKK AZMAN PADA masa kini, bilangan pelajar Orang Asli di institusi pengajian tinggi (IPT) semakin meningkat,...

Lagi Artikel Berkaitan