32.5 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

4 sekeluarga dikhuatiri hilang ketika bercuti ditemui selamat

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

EMPAT sekeluarga iaitu seorang wanita, anak lelaki dan dua cucunya dikhuatiri hilang kerana gagal dihubungi selepas bercuti di Pulau Perhentian, Terengganu minggu lalu ditemui selamat.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh menantu kepada wanita dan juga bapa kedua-dua kanak-kanak yang hilang tersebut menerusi akaun Facebooknya, Ah Pek, hari ini.

Menurut lelaki tersebut, beliau kini dalam perjalanan pulang ke Kluang, Johor dari Terengganu dan mahu menarik semula laporan polis yang dibuat sebelum ini.

“Alhamdulilah, ibu mertua, adik ipar lelaki dan dua orang anak saya telah selamat dijumpai.

Advertisements

“Terima kasih pada semua rakan, pihak polis dan semua yang terlibat membantu kes ini sehingga selesai.

“Sekarang saya masih dalam perjalanan dari Terengganu menuju pulang ke Kluang untuk tarik laporan. Yang bahawasanya kes sudah selesai, tanpa bantuan anda siapalah saya,” katanya.

Terdahulu, polis mengesahkan menerima laporan empat sekeluarga yang dikhuatiri hilang ketika bercuti di Pulau Perhentian, Besut.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Abdul Rozak Muhammad berkata, laporan kehilangan mangsa dibuat pengadu semalam setelah gagal menghubungi mereka sejak 30 September lalu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akibat tindakan bodoh, Harimau Malaya hilang pemain tonggak

AKIBAT tindakan bodoh oleh individu tertentu, skuad kebangsaan kehilangan pemain tonggak bagi mengharungi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027,...

Lagi Artikel Berkaitan