27.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Skuad futsal kebangsaan idam layak ke Piala Asia 2024

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SKUAD futsal kebangsaan melontarkan keyakinan mampu layak ke pusingan akhir Piala Asia Futsal 2024 di Thailand, April depan.

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, skuad kali ini dibarisi pemain berkualiti dan dibantu corak latihan oleh ketua jurulatih baharu, Rakphol Sainetngam.

Hamidin berkata, diletakkan bersama Uzbekistan dan Iraq yang berada di ranking ke-25 dan 44 dunia, Malaysia mampu mencipta kejutan selain tidak memandang rendah saingan Kemboja dalam Kumpulan G.

“Dah lama kita tak layak ke pusingan akhir. Kali terakhir pada edisi 2018 di Taiwan. Jadi apa yang saya nampak, dengan set pemain yang ada kali ini serta corak latihan dan tunjuk ajar ketua jurulatih baharu, kita boleh layak.

“Semua pemain perlu tetapkan dalam fikiran yang kita mahu menang ketiga-tiga perlawanan ini dan layak ke pusingan akhir.

Advertisements

“Selain prestasi di atas gelanggang, jangan lupa solat dan berdoa supaya dipermudahkan segala urusan,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan selepas hadir menyaksikan sesi latihan terakhir skuad futsal kebangsaan kendalian Rakphol Sainetngam di Arena Futsal FAM, Kelana Jaya, pagi tadi.

Skuad futsal Harimau Malaya akan berlepas ke Fergana, Uzbekistan, malam ini bagi menghadapi saingan kelayakan Piala Asia Futsal 2024 dari 7 hingga 11 Oktober ini.

Malaysia memulakan saingan berdepan Iraq pada Sabtu ini, diikuti Uzbekistan (9 Oktober) dan Kemboja (11 Oktober).

Kesemua perlawanan akan berlangsung di Samo Sports Complex, Fergana. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan