25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Tun M terima kunjungan Megawati Soekarnoputri

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menerima kunjungan bekas Presiden Indonesia, TYT Prof Dr (H.C.) Megawati Soekarnoputri pagi tadi.

Menerusi perkongsian di Facebook, Dr Mahathir berkata, dalam pertemuan lebih satu jam banyak perkara yang kami sentuh antaranya mengenai hubungan Malaysia dan Indonesia yang terjalin rapat sejak dahulu lagi.

“Pada sebelah pagi tadi saya gembira menerima kunjungan bekas Presiden Indonesia, TYT Prof Dr (H.C.) Megawati Soekarnoputri dan delegasi beliau yang terdiri dari Dr (H.C.) Maharani Nakshatra Kusyala Devi, Ketua Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia yang juga puteri kepada Megawati serta ahli keluarga beliau yang lain.

“Hubungan saya dan Megawati boleh dikatakan memang akrab.

“Malah dalam pertemuan hari ini kami turut menyentuh perkara-perkara yang pernah dibuat bersama ketika kami menjadi ketua kerajaan negara masing-masing.

Advertisements

“Megawati juga berkongsi mengenai perpindahan ibu kota Indonesia dari Jakarta ke Nusantara di Kalimantan yang akan bermula secara berperingkat tahun hadapan.

“Malaysia juga pernah buat demikian apabila Kuala Lumpur mulai sesak dan kerajaan Malaysia pada waktu itu memindahkan pusat pentadbiran ke Putrajaya,”katanya.

Dalam pada itu, kedua-dua pemimpin veteran itu juga saling berkongsi kebimbangan mengenai kesan perubahan iklim dunia.

“Kami juga berkongsi kebimbangan mengenai perubahan iklim dan pemanasan global yang sedang berlaku yang memberi kesan kepada kedua-dua negara serta dunia.

“Saya menghargai kunjungan beliau dan keluarga,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akhyar Rashid disamun, cedera di kepala akibat dipukul

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu sekitar...

Lagi Artikel Berkaitan