30.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 12, 2024

Kilang sorok 180 tan metrik beras tempatan disita

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEBUAH kilang disyaki menyorok beras putih tempatan dalam gudang simpanan yang tidak dinyatakan dalam lesen, disita Task Force Khas Bersepadu Operasi Beras Putih Tempatan (Op. BPT), semalam.

Timbalan Menteri Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin berkata, pemeriksaan lanjut mendapati beras bergred Super Spesial Tempatan lima peratus (SST5) atau beras putih tempatan (BPT) di dalam kampit jumbo berjumlah 180 tan metrik disorok di gudang berkenaan.

Susulan itu katanya, pasukan Task Force Khas bertindak menyita BPT yang berada di dalam gudang tersebut dengan hasil sitaan dianggarkan bernilai RM405,000.

“Saya ingin memberi amaran keras kepada mana-mana pihak supaya mematuhi undang-undang yang ditetapkan.

“KPKM dan anggota-anggota Task Force akan bertindak tegas terhadap sesiapa (individu atau syarikat) yang didapati melanggar peraturan sedia ada.

Advertisements

“Jangan mengambil kesempatan kerana ini masanya kita berganding bahu untuk menjamin kecukupan bekalan makanan yang berpatutan untuk rakyat, bukannya menekan pengguna atau pesawah demi mengaut keuntungan yang lebih,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan selepas mengetuai Op. BPT yang dilakukan secara bersepadu bersama beberapa agensi lain.

Antaranya termasuklah Kawalselia Padi dan Beras (KPB), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan (Maqis).

Foong Hin berkata, kes disiasat di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522) dan Peraturan-Peraturan Kawalan Padi dan Beras (Pelesenan Kilang-Kilang Padi) 1996 P.U (A) 626.

“Sekiranya didapati bersalah, kilang padi tersebut boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM25,000 bagi kesalahan pertama dan Ketua Pengarah Pengawalan Padi dan Beras melalui notis secara bertulis boleh membatalkan atau menggantung lesen,” tegasnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pengundi Melayu di Kuala Kubu Baharu mula berubah sikap

KEPUTUSAN Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu menyaksikan pengundi Melayu mula berubah sikap terhadap...

Lagi Artikel Berkaitan