31.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

70 kakitangan CBP sertai program bersih pantai di Semporna

Mesti Baca

DALAM usaha menerapkab kesedaran mengenai alam sekitar dan kesan pemanasan global, seramai 70 kakitangan dan sukarelawan Co-opbank Pertama (CBP) menyertai program Pembersihan Pantai Antarabangsa 2023 (ICCMY2023) di Pulau Selakan, Semporna, Sabah semalam.

ICCMY2023 adalah program yang dianjurkan oleh Reef Check Malaysia dengan kerjasama Badan NGO Ecodistrict Association dan Luma’ Selakan Eco Resort bersama penyelaras program, Stylo Events.

Ketua Pegawai Eksekutif CBP Khairil Anuar berkata, melalui program seperti itu, pihaknya berharap dapat memupuk kesedaran mengenai kepentingan ekosistem alam sekitar dalam kalangan masyarakat.

“Saya berharap program ini memupuk lebih kesedaran masyarakat mengenai kepentingan ekosistem dan sosio ekonomi yang menjadi sumber pendapatan masyarakat setempat dengan menjalinkan kerjasama strategik diantara agensi kerajaan, sektor korporat, badan NGO dan komuniti,” katanya dalam kenyataan.

Advertisements

Turut serta, Ketua Pegawai Perniagaan CBP, Rafis Makhtar.

Sempena program tersebut, CBP turut membina tembok daripada botol-botol plastik yang dihanyutkan dari laut di pantai tersebut.

Khairil berkata, aktiviti menggunakan botol plastik yang hanyut dari laut itu adalah contoh bagaimana sampah-sarap tersebut boleh dimanfaatkan secara kreatif untuk pelbagai kegunaan.

“Hampir 2,000 botol plastik berjaya dikutip pada program ini, di mana setiap botol plastik bersaiz 1.5 liter menghasilkan impak pencemaran alam sekitar 160 gram jejak karbon yang dilepaskan dan menjejaskan alam sekitar,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MASA, IDS jalin kerjasama bidang penyelidikan, masyarakat

INSTITUT Kajian Pembangunan (Sabah) IDS dan Institut Masa Depan Malaysia (MASA), hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bertujuan menjalin...

Lagi Artikel Berkaitan