25.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 8, 2024

150 sukarelawan UPSI, UiTM ceriakan Kampung Angkat Madani

Mesti Baca

SERAMAI 150 siswa dan kakitangan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Seri Iskandar telah berganding bahu menjayakan program keceriaan Kampung Angkat Madani (KAM) di Sungai Betul, Bagan Datuk, Perak.

Program tersebut turut melibatkan 23 keluarga angkat bertujuan mewujudkan keharmonian dan persekitaran kampung yang kondusif, dengan fokus kepada peningkatan kualiti hidup penduduk serta mempromosikan suasana yang aman dan harmonis dalam masyarakat.

Setiausaha Bahagian, Bahagian Komuniti Desa, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Che Mohd Zulkifli Ismail berkata, setiap kementerian akan memilih sebuah kampung yang bertuah untuk dijadikan KAM.

Beliau berkata, setiap KAM akan diperuntukkan dana sebanyak RM2.5 juta untuk mewujudkan kampung yang lestari dan mampu memperoleh pendapatan sendiri.

Bagi KKDW, Kampung Sungai Betul itu telah dipilih untuk dijadikan KAM dan pelbagai kepakaran di bawah kementerian itu akan digembleng untuk menyumbang kepada kemajuan desa.

Sukarelawan yang terlibat dalam program Kampung Angkat Madani di Sungai Betul, Bagan Datuk.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPSI, Prof. Norkhalid Salimin berkata, UPSI turut sama memainkan peranan dalam program tersebut dengan menyumbang keringat oleh para sukarelawannya.

“Aktiviti ini tidak hanya memperbaiki kebersihan tetapi juga memastikan suasana pembelajaran di sekolah menjadi lebih kondusif.

Advertisements

“Selain itu, UPSI turut terlibat dalam pembersihan pantai Beting Beras Basah, menjadikannya lebih menarik sebagai destinasi pelancongan selain memasang tanda pengenalan kampung dan membersihkan rumah warga emas uzur,’ katanya dalam kenyataan baru-baru ini.

Program Keceriaan KAM ini meliputi program anak angkat, gotong-royong, lukisan mural sekolah, menaik taraf kemudahan awam dan pemasangan tanda nama di Kampung Sungai Betul.

Program tersebut dilaksanakan untuk membina hubungan dan kerjasama yang erat antara agensi kerajaan, komuniti kampung dan agensi setempat.

Penyerahan keluarga angkat.

Exco Kesukarelawan Komuniti dan Kemanusiaan, Majlis Mahasiswa Kediaman Luar Kampus, UPSI, Nik Muhammad Izzat berharap program tersebut dapat memberi impak kepada penduduk Kampung Sungai Betul.

“Saya bersama 37 orang rakan pelajar UPSI berusaha untuk melakukan aktiviti kesukarelawan yang dapat meninggalkan impak kepada masyarakat di sini.

“Kami gembira kerana terpilih dan berterima kasih kepada pihak KKDW kerana memberi peluang kepada kami bagi memantapkan sahsiah diri sebelum menempuhi alam pekerjaan,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK Mahkota: BN sekali lagi pertaruh calon Pemuda 

BARISAN Nasional (BN) sekali lagi menpertaruhkan wakil Pemuda UMNO sebagai calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...

Lagi Artikel Berkaitan