26.2 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Henti stigma mengenai masalah kesihatan mental – PM

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEMPENA Hari Kesihatan Mental Sedunia 2023 yang disambut hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru orang ramai menghentikan segala stigma mengenai masalah kesihatan mental.

Beliau yang turut memakai riben hijau sebagai simbolik kepada kesedaran kesihatan mental, membuat membuat kenyataan itu sebelum menjawab soalan pertama pada Sesi Waktu-Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

“Kesihatan mental milik semua, hentikan stigma. Riben hijau saya pakai ini merupakan simbol kesihatan mental antarabangsa. Selamat menyambut Hari Kesihatan Mental Sedunia 2023,” kata beliau.

Advertisements

Beberapa Ahli Parlimen turut kelihatan memakai riben hijau sebagai tanda menyokong kempen kesedaran kesihatan mental.

Anwar ketika membentangkan Usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 di Dewan Rakyat sebelum ini mengumumkan kerajaan akan menubuhkan Institut Kesihatan Mental bagi menangani isu kesihatan itu yang kian membimbangkan di negara ini.

Perdana Menteri berkata penubuhan institut itu bagi menjamin usaha bersepadu antara kerajaan, sektor swasta dan pertubuhan masyarakat sivil dalam menangani isu kesihatan mental di negara ini.— BERNAMA

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan