28.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Mindef nafi tandatangani SA6 LCS tanpa persetujuan AGC

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pertahanan (Mindef) menafikan dakwaan pihaknya memeterai Perjanjian Tambahan Keenam (SA6) bagi projek kapal tempur pesisir (LCS) tanpa persetujuan daripada Jabatan Peguam Negara (AGC).

Menerusi satu kenyataan Mindef menegaskan, AGC sentiasa dilibatkan dan telah memberi kerjasama yang sangat baik dalam proses memuktamadkan draf SA6 tersebut.

“Mindef termasuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. (BNSSB) dan AGC telah melaksanakan beberapa siri perbincangan serta mesyuarat berkaitan draf SA6 sejak April.

“Ia selepas keputusan halatuju projek diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 19 April lalu,” katanya.

Mindef menjawab laporan sebuah portal berita yang bertajuk ‘PAC kecam Mindef meterai perjanjian LCS tanpa persetujuan AGC’, yang diterbitkan semalam.

Advertisements

Menurut Mindef, hasil daripada kesemua libat urus itu, kementerian telah menerima ulasan AGC melalui surat bertarikh 24 Mei 2023 di mana empat perkara utama telah dibangkitkan.

Katanya, ia termasuklah Progress Payment Plan, Integrated Logistic Support (ILS), Detailed Design dan Liquidated Ascertained Damages (LAD) bersama-sama cadangan pindaan yang lain.

“Kementerian telah mengambil kira kesemua perkara ini dan pindaan berkaitan telah dibuat sewajarnya.

“Justeru itu, SA6 telah ditandatangani setelah mengambil kira ulasan AGC dan juga pandangan laporan PAC terdahulu serta Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus Perolehan dan Kewangan Kerajaan,” jelasnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan