24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, February 3, 2023

PM, rakyat Malaysia ucap takziah kepada keluarga Rayan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KISAH seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang ditemukan sudah tidak bernyawa setelah terperangkap selama lima hari di dalam sebuah perigi di Maghribi turut menyentuh hati rakyat Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menzahirkan perasaan sedih mendengar berita menyayat hati tentang kematian Rayan Oram yang disahkan oleh Istana Diraja Maghribi.

“Kanak-kanak berusia 5 tahun itu terperangkap dalam perigi sempit sedalam 32 meter selama 5 hari di kampungnya di Ighran, yang terletak di kawasan bukit dekat Chefchaouen, utara Maghribi.

“Saya dan seluruh keluarga Malaysia mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Rayan atas pemergiannya,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Perdana Menteri turut mendoakan semoga roh Allahyarham Rayan tenang di sana.

“Anak syurga milik Allah SWT,” kongsi beliau.

Terdahulu, AFP melaporkan Rayan ditemui dalam keadaan tidak bernyawa oleh pasukan penyelamat Maghribi, hari ini.

Baca juga:   Usah sekat pendakwah berlainan fahaman politik - Muhyiddin

Kanak-kanak malang itu terjatuh ke dalam terowong berkenaan sejak lima hari lalu, memaksa pasukan penyelamat bertungkus-lumus menjalankan operasi menyelamat namun ia berakhir dengan menyayat hati.

Kematian Rayan disahkan susulan kenyataan dikeluarkan pihak Raja Maghribi, Raja Mohammed VI yang menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

Perkongsian Perdana Menteri berkenaan mendapat pelbagai reaksi dari warganet yang rata-ratanya turut berasa sedih dengan berita kematian tersebut.

Menurut pemilik akaun Facebook Nur’Afifah Serip Mohamad, beliau meluahkan kebesaran Allah SWT terhadap peristiwa tersebut.

Baca juga:   Jangan rentas daerah, negeri untuk sambut Aidiladha – TPM

“Innalillahiwainnailahirojiun..meninggal di ruangan yang sempit, bangun di syurga kekal abadi… Allah Maha Besar,” kongsinya.

Manakala, bagi Salina Mazlan pula, dia menyifatkan peristiwa berkenaan meninggalkan kesan yang sangat mendalam kepada semua.

Untuk rekod, perigi hanya seluas 45 sentimeter itu terlalu sempit untuk penyelamat turun menyelamatkan kanak-kanak itu dan meluaskannya terlalu berisiko, sekali gus jentera membuat cerun ke dalam bukit untuk menyelamatkan kanak-kanak itu dari bahagian tepi.

Operasi itu menjadi bertambah rumit disebabkan campuran pelbagai jenis batu dan tanah berpasir, sekali gus meningkatkan risiko tanah runtuh.

Sepanjang operasi menyelamatkan kanak-kanak terbabit, pasukan penyelamat terpaksa menggunakan jentera bagi menggali lubang berhampiran perigi sebelum mengorek terowong untuk sampai ke lokasi mangsa.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Cerun runtuh: Jalan depan Balai Polis Senawang ditutup

JALAN Persiaran Senawang 3 (N035) berhadapan Balai Polis Senawang, ditutup sementara kepada semua jenis kenderaan akibat cerun runtuh di...

Lagi Artikel Berkaitan