24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Terpedaya kenalan palsu, pegawai JPJ rugi RM8,400

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

LAGI kes kerugian membabitkan individu menyamar sebagai rakan bagi meminjam wang melalui aplikasi Telegram, kali ini berlaku di Pahang, semalam.

Ketua Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, dalam laporan terbaharu berkenaan membabitkan seorang wanita berusia 39 tahun yang bekerja sebagai pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengalami kerugian RM8,400 akibat diperdaya individu menyamar sebagai rakan.

Menurutnya, mangsa telah menerima pesanan daripada suspek memintanya memindahkan sejumlah wang kerana akaun miliknya dikatakan mempunyai masalah.

“Mangsa melakukan lima pemindahan wang ke nombor akaun diberikan seperti diminta tanpa rasa syak.

“Pindahan wang pertama berjumlah RM2,500 dilakukan sekitar jam 2.24 pagi dan selepas itu, mangsa melakukan empat lagi urusan pemindahan wang sehingga Sabtu tengah hari dengan jumlah keseluruhan RM8,400,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Wazir berkata, suspek meminta lagi wang daripada mangsa dan perbuatan itu mengundang rasa curiga kerana sudah melakukan lima pemindahan wang.

Advertisements

Menurutnya, mangsa kemudian cuba menghubungi rakannya bagi mendapatkan kepastian mengenai perkara itu, namun gagal.

“Selepas itu mangsa berjaya menghubungi kakak kepada rakannya, dan memaklumkan akaun Telegram milik adiknya disalah guna individu tidak bertanggungjawab.

“Mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Muadzam Shah pada Sabtu,” katanya.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan kesalahan ini memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan itu.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan