33.6 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Format Pestabola Merdeka kekal biarpun Palestin tarik diri

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

FORMAT kejohanan Pestabola Merdeka 2023 tetap akan dikekalkan biarpun hanya tiga pasukan, Malaysia, India dan Tajikistan susulan penarikan diri Palestin.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi kenyataan berkata, Palestin terpaksa menarik diri daripada menyertai edisi ke-42 itu kerana tidak dapat terbang ke Kuala Lumpur ekoran situasi tegang di negara berkenaan ketika ini.

Menurut FAM, berdasarkan situasi terbaharu, Malaysia kekal akan bertemu India pada Jumaat ini di Stadium Nasional manakala Tajikistan kini mendapat ‘bye’ dan akan terus layak ke perlawanan akhir.

“Ini bermakna, hanya satu perlawanan akan berlangsung pada Jumaat dan satu lagi perlawanan pada Selasa depan iaitu tiada perlawanan penentuan tempat ketiga pada hari tersebut.

“Perubahan format tersebut adalah solusi terbaik yang telah dicapai pada mesyuarat khas di antara FAM selaku penganjur Pestabola Merdeka 2023 bersama pengurusan pasukan India dan Tajikistan, pagi tadi,” katanya hari ini.

Advertisements

Mengikut jadual asal, Palestin dijadual bertemu Tajikistan pada pukul 4.30 petang manakala Malaysia berdepan India (9.00 malam) pada Jumaat ini.

Dua pasukan yang tewas akan merebut tempat ketiga (4.30 petang) manakala dua pasukan yang menang akan ke final (9.00 malam) pada Selasa depan dengan kesemua empat perlawanan tersebut dilangsungkan di Stadium Nasional.

Sementara itu, FAM berkata, untuk bersikap adil kepada kira-kira 25,000 penyokong yang telah pun membeli tiket bagi menyaksikan kedua-dua perlawanan FAM mengambil keputusan untuk mengekalkan harga tiket berkenaan.

“Tiket-tiket masih boleh dibeli di https://bit.ly/tiketpestabola dan penjualan tiket hanya secara dalam talian iaitu tiada penjualan tiket secara fizikal di stadium pada hari perlawanan nanti,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia negara pertama terima visa haji – Mohd Na’im

MALAYSIA menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024 ini. Menteri...

Lagi Artikel Berkaitan