33 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Bot nelayan tempatan ditahan, langgar syarat lesen

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor telah menahan dua warga asing kerana bekerja di atas bot fiber tanpa nombor pendaftaran di sekitar perairan muara Kuala Selangor, sekitar jam 9.20 pagi semalam.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Selangor, Komander Maritim Mohd Sharenliza Ghazali berkata, bot berkenaan dikesan oleh KM BAGAN DATUK pada kedudukan 1.2 batu nautika Barat Daya Kuala Selangor semasa melaksanakan Op Ehaan, Op Murni dan Op Tiris.

“Ketika penahanan, bot berkenaan cuba meloloskan diri sewaktu didekati untuk pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati, bot itu dikendalikan oleh seorang tekong warga tempatan dan dua kru warga Myanmar berusia antara 37 hingga 44 tahun.

“Pemeriksaan lanjut ke atas dokumen mendapati, kesemua kru tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah, manakala pemilik bot didapati menggajikan pekerja asing tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan Malaysia,” katanya menerusi kenyataan di sini.

Berikutan itu, katanya, kesemua nelayan dan bot dibawa ke jeti Maritim Negeri Selangor sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu menggunakan warga asing tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia dan Akta Imigresen 1959/63 kerana bekerja tanpa permit yang sah.

Advertisements

Dalam perkembangan lain, katanya, bot BENTENG 02 yang dalam pelaksanaan Op Ehsan dan Op Tiris telah menerima maklumat pengesanan daripada ACC Klang mengenai satu kontek curiga dari perairan TSS Tanjung Sepat disyaki menuju ke perairan Tanjung Layang.

“Kontek curiga itu berjaya dipintas walaupun cuba meloloskan diri di kedudukan 0.6 batu nautika Barat Daya Pulau Tengah.

“Bot ditahan, namun tekong bot telah meloloskan diri dengan terjun ke laut dan berenang ke kawasan paya bakau berhampiran.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati, bot itu disyaki telah melanggar kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

“Bot dan semua peralatan dibawa ke Maritim Negeri Selangor sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat maritim,”katanya.

Beliau berkata, Maritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap pelanggaran undang-undang di Zon Maritim Malaysia dan akan terus membuat rondaan serta pemantauan di perairan negara.

Sebarang aduan dan maklumat mengenai kegiatan jenayah serta kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 03-31760627 atau MERS 999 untuk maklum balas segera. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

In Saff Travel tawar pakej umrah serendah RM4970

BERUSAHA memberikan yang terbaik terhadap pelanggannya, syarikat pengendali pakej umrah, In Saff Travel & Tours Sdn Bhd menampilkan pakej...

Lagi Artikel Berkaitan