25.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

PM beri jaminan dasar subsidi bersasar tidak tekan rakyat

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan dasar subsidi bersasar tidak akan menekan rakyat.

Beliau berkata, ia terbukti berdasarkan jumlah subsidi ditanggung kerajaan kini mencecah RM81 bilion.

“Dalam perkiraan dan pertimbangan kerajaan termasuk jemaah menteri, sementara subsidi bersasar itu dilihat sangat mendesak kerana subsidi kini sudah RM81 billion, dasar kita tidak akan menekankan.

“Seperti mana contoh terbaik Tabung Haji, dan kadar elektrik yang tidak akan dikenakan. Meskipun ada kekeliruan yang dibangkitkan, seolah-olah kadar elektrik itu akan dikenakan kepada rakyat biasa.

“Tidak benar sama sekali, kalau ada, mungkin ada sedikit pelanggaran daripada peraturan ditetapkan. Saya tidak fikir mungkin kerana keputusan dari jemaah menteri itu jelas…hanya untuk golongan berpendapatan tinggi,”katanya.

Advertisements

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Wee Ka Siong (BN – Ayer Hitam) pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam masa sama, Anwar turut menyentuh isu Kadar Dasar Semalaman (OPR) dan menyatakan kadar itu tidak hanya bergantung kepada peningkatan faedah di Amerika Syarikat sebaliknya bergantung kepada asas lain termasuk inflasi.

“Dalam beberapa kali mesyuarat BNM, tidak menaikkan OPR, memikirkan soal inflasi rendah dan kesan kepada rakyat.

“Saya fikir dasar itu akan dikekalkan, melainkan kalau keadaan sangat mendesak. Kalau ikut perundangan, dari dulu memang bidang kuasa dan wawenang BNM (Bank Negara Malaysia),” ujarnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan