31.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Harga tiket final Piala Malaysia kekal – MFL

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

HARGA tiket perlawanan akhir Piala Malaysia pada musim ini dikekalkan seperti perlawanan akhir pada musim lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Football League (MFL), Datuk Stuart Ramalingam berkata, empat kategori tiket akan diagihkan secara sama rata kepada dua finalis iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC.

“Sama seperti perlawanan akhir Piala Malaysia sebelum ini, tiket serendah RM50 dan RM70 dikekalkan bagi kategori terbuka selain Premium Grandstand RM150 serta VIP Grandstand RM200.

“Penyokong-penyokong JDT dan TFC akan memiliki pilihan dengan penetapan empat ‘tier’ harga tiket ini. MFL mengharapkan mereka dapat membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil bagi memberikan sokongan padu kepada pasukan masing-masing,” katanya menerusi kenyatan hari ini.

Advertisements

JDT yang dibimbing Esteban Solari merupakan penyandang juara Piala Malaysia selepas menewaskan Selangor FC, 2-1 pada aksi final musim lalu.

Terengganu pula kali terakhir layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia adalah pada 2018 namun tewas 4-1 menerusi sepakan penalti kepada Perak selepas terikat 3-3 pada masa sebenar.

Stuart berkata, MFL menyerahkan sepenuhnya urusan penjualan tiket kepada pasukan finalis bagi memastikan mereka dapat menjual tiket kepada penyokong-penyokong dengan sistematik dan sama rata.

“Maklumat lanjut mengenai proses jualan tiket kepada penyokong akan dimaklumkan oleh pihak JDT dan TFC dalam masa terdekat,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan