30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Wan Fayhsal tempelak Kit Siang main sentimen 13 Mei

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KETUA Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menempelak veteran DAP, Lim Kit Siang kerana memainkan persepsi kononnya negara sedang menuju ke arah rusuhan kaum seperti yang berlaku pada 13 Mei 1969.

Beliau juga mempersoalkan kenyataan Kit Siang yang memainkan sentimen sama seperti anaknya, Lim Guan Eng.

“Dia main persepsi lagi macam anak dia tempoh hari. Bila masa parti-parti Melayu nak bawa negara ke arah 13 Mei balik?

“Tuan-tuan inilah DAP. Banyak yang tersirat tapi kadang kala terkeluar juga,”katanya ringkas dalam hantaran di Facebook beliau, di sini.

Advertisements

Semalam, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang menerusi kenyataan di blog beliau mendakwa negara sedang menuju ke arah rusuhan kaum seperti mana yang berlaku lebih lima dekad lalu.

Beliau turut mengingatkan Perlembagaan Persekutuan menjamin kesaksamaan semua kaum termasuk tidak menghalang bukan Melayu memegang jawatan tertinggi negara.

“Selepas 54 tahun, Malaysia semakin hampir-hampir ke arah tepian sebuah lagi rusuhan 13 Mei 1969,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang mengutuk penangkapan dan pendakwaan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor kelmarin. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan